Sedih aku tengok budak-budak zaman sekarang
Ada satu makcik ni dalam lingkungan umur 50an bersama anaknya dalam lingkungan umur belasan tahun masuk ke kedai sambil memerhati model2 phone yang dipamerkan didalam cermin kedai aku
Aku pon memulakan perbualan
Aku: makcik nak cari phone apa?
Dalam bajet berapa?
Si mak pon menjawab dengan nada sedikit sayu : makcik cari phone dalam 300-400 macam tu ja dik
Aku pon keluarkan model2 yang ada sambil bercerita panjang lebar..
Aku tengok riak muka anaknya dah berubah
Aku tanya nak cari model apa?
Rupanya nak cari buah Apple
Aku tanya nak cari iphone apa?
Iphone paling latest ada tak jawab anaknya
Yaallah dik... Abang pon pakai phone yang orang trade in haha
Aku jawab la ada tapi harga 4K lebih pastu makcik tu pon berbual bual perlahan bersama anaknya sambil anaknya berlalu pergi dari kedai dan meninggalkan maknya..
Si mak dengan nada sayu berkata
Xpa la dik tengok2 dulu makcik ada duit cukup yang ni ja
Allah hibanya hati ni
Aku mula berfikir mana silap kita sampai generasi kita jadi sampai macam ni..
Abang dulu dik bukan setakat phone
Malas mandi pon kena kejar dengan batang paip kalau mintak phone time tu mungkin mak aku dah jatuhkan hukuman rejam sampai mati
Sumber : Mee Qat Sum